Ettijar Mahu Pelanggan Puas Hati

Ettijar Enterprise – Rakan Usahawan PUNB

Bayangkanlah jika anda menjadi pembekal lebih daripada satu jenis barangan. Pasti tak menang tangan memenuhi kehendak dan melayan kerenah pelanggan, kan? Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh usahawan serba boleh, Nur Diana binti Dzulkiply.

Pengasas Ettijar Enterprise, Nur Diana binti Dzulkiply.

Namun sebagai pengasas syarikat pembekal barangan, Ettijar Enterprise, Nur Diana mengakui sudah lali dengan kesibukan menguruskan proses pembekalan bermacam jenis barangan dalam pelbagai sektor.

Malah, katanya, beliau dan pekerjanya sentiasa memastikan pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diberi.

“Antara perkhidmatan yang kami tawarkan termasuk membekal alat tulis, cenderahati, mesin kegunaan pejabat, pakaian dan peralatan sukan, alat bantuan mengajar, pakaian beruniform dan alat kelengkapan.

“Kami juga membekalkan peralatan perubatan serta ubat-ubatan selain berpengalaman membekalkan perkhidmatan ke jabatan-jabatan Kerajaan dan hospital-hospital seluruh negara,” katanya.

Takluki seluruh negara

Meskipun seharian bermandi keringat, Nur Diana dan kakitangannya tidak pernah kenal erti lelah, sebaliknya mereka sentiasa mencari inisiatif untuk mengembangkan perniagaan yang bertapak sejak 2009 ini.

Hasilnya, syarikat yang pada mulanya hanya berpangkalan di Shah Alam, Selangor kini mempunyai cawangan di Johor, Perak, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Selain menjadi pembekal kepada perniagaan sedia ada, usahawan wanita berusia 35 tahun ini turut membekal tekstil dan menawarkan perkhidmatan pembuatan pakaian dan tudung jururawat serta linen kelengkapan hospital dan klinik yang beroperasi di Shah Alam, Subang dan Damansara.

Beliau juga turut melibatkan diri dalam industri pembuatan kasut kesihatan, MEDSHOE dan NURZE by MEDSHOE di mana reka bentuk dan teknologi kasut ini dihasilkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, manakala proses pemasangan dilakukan di China dan Malaysia.

“Bagi operasi pembekalan peralatan perubatan pula, Ettijar Enterprise mendapat khidmat rundingan daripada doktor perubatan yang bertauliah.

“Kami juga turut memiliki firma guaman sendiri dikenali sebagai Dianadzul & Associates,” ujarnya lagi.

Koleksi kasut kesihatan keluaran Ettijar.

PUNB pembimbing utama

Menurut Diana lagi, beliau bersyukur apabila memperoleh bantuan pembiayaan sebanyak RM100 ribu daripada PUNB, yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam kelangsungan perniagaannya.

“Menerusi pembiayaan yang ditawarkan, saya dapat mengembangkan perniagaan dan menambah baik produk serta perkhidmatan syarikat untuk menjadi lebih berdaya saing ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya akan terus memimpin Ettijar Enterprise mengorak langkah dengan visi untuk bersaing secara kompetitif dalam pasaran dan menawarkan produk-produk yang lebih berinovatif, berkualiti serta mesra pengguna setanding dengan pasaran antarabangsa,” tambahnya lagi.

Mahu berjaya seperti Nur Diana? Jom jadi usahawan PUNB!

2 Ulasan

  1. Macam mana nak sertai

    1. Author

      Terima kasih kerana melayari Usahawan Nasional Webzine (UNW).
      Ulasan dan sokongan anda amat dihargai.
      Untuk pengetahuan anda, UNW adalah sebuah portal majalah digital milik Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

      Jika berminat untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan daripada PUNB, anda bolehlah kunjungi mana-mana pejabat cawangan PUNB yang berdekatan atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 13 7862.
      Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kami di http://www.punb.com.my

      Kami berharap dengan maklumat yang dikongsi akan membantu serta dapat menjana idea untuk perniagaan anda.
      Layari juga artikel-artikel lain dan kongsikan bersama kenalan anda!

      Terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *