JR Sejagat Solution Cipta ‘Fenomena Baru Dengan Rasa Klasik’

JR SEJAGAT SOLUTION – Rakan Usahawan PUNB

Memang senang untuk memulakan perniagaan tapi bukan mudah untuk terus mengekalkanya. Namun, demi menerokai pengalaman baharu, Mohd Jaffar bin Robani sanggup mengambil risiko bagi memulakan perniagaan sendiri dengan menjual dodol, sagun dan kek tradisional lain di Merlimau, Melaka. Jom, ikuti temu bual bersama pemilik JR Sejagat Solution!

PUNB: Bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan dalam industri makanan dan minuman?

JR:     JR Sejagat Solution merupakan sebuah perniagaan yang telah beroperasi lebih dari lima tahun. Pada mulanya, kami menjalankan perniagaan ini adalah untuk menyediakan produk tradisional halal kepada masyarakat. Tetapi apabila dilihat, industri makanan dan minuman berperanan penting dalam mempengaruhi ekonomi negara, malah dikatakan salah satu industri yang ‘tidak akan mati’.

PUNB: Kongsikan perkhidmatan atau produk yang syarikat anda tawarkan/hasilkan?

JR:     Kami memulakan perniagaan dengan membuka kilang pemprosesan santan. Kemudian, ia berkembang menjadi syarikat pemasaran yang mengedarkan produk keluaran usahawan Industri Kecil dan Sedehana (IKS) seperti dodol, sagun dan kek tradisional lain.

Kini, produk utama kami ialah produk sejuk beku seperti produk keluaran Ramly, Azmy, Salim dan produk sejuk beku lain yang dihasilkan oleh Bumiputera. Di samping itu, kami juga menjual produk yang sihat seperti minyak kelapa dara dan madu.

PUNB: Siapakah pesaing utama anda dan bagaimana anda melihat persaingan perniagaan anda pada hari ini?

JR:     Persaingan dalam perniagaan sudah menjadi lumrah. Namun, saya sentiasa mementingkan persaingan yang sihat dan matang. Oleh itu, sudah pasti usahawan-usahawan di dalam bidang pengedaran produk makanan sejuk beku dan barangan keperluan asas merupakan pesaing utama kami.

Walaubagaimana pun, kami percaya para pelanggan kami akan sentiasa menyokong produk- produk Muslim keluaran JR Sejagat Solution kerana kami amat mementingkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan demi mewujudkan perniagaan yang kompetitif dan berdaya saing. Selain itu, persaingan ini tidak mematahkan semangat kami malah memotivasikan lagi diri untuk terus berusaha memajukan perniagaan.

PUNB: Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh perniagaan?

JR:     Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan COVID-19 di mana operasi kilang terpaksa ditutup dan jualan syarikat jatuh mendadak.

Walaubagaimanapun, berkat usaha gigih, kami kembali bangkit mengatur semula strategi dan pelan perniagaan bagi menyokong kelangsungan dan terus berdaya saing. Kami telah melakukan pelbagai usaha dengan memperbanyakkan promosi dalam talian. Usaha tersebut ternyata berkesan apabila ramai pelanggan yang membeli produk daripada JR Sejagat Solution sekali gus meningkatkan hasil jualan dan jumlah pelanggan baru.

PUNB: Apakah nasihat-nasihat anda kepada usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan yang sama?

JR:     Dalam bidang ini, anda tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata. Anda harus menjadi seorang yang proaktif sebelum mencuba perkara baharu. Selain itu, anda harus sentiasa sediakan rancangan sandaran dan sistem sokongan dari segala sudut perniagaan agar tidak terganggu dengan mana-mana halangan yang menimpa.

10 Ulasan

  1. Ingin belajar tentang menjadi usahwan

    1. Hi Azmal,

      Terima kasih kerana melayari Usahawan Nasional Webzine serta maklum balas yang telah diberikan.
      Anda boleh layari artikel-artikel yang terdapat di Usahawan Nasional Webzine ini dan kongsikan bersama kenalan anda!

      Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 13 7862.

      Terima kasih.

  2. Tahniah atas inisiatif membangunkan usahawan

    1. Hi Jamaludin,

      Terima kasih kerana melayari Usahawan Nasional Webzine serta maklum balas yang telah diberikan.
      Layari juga artikel-artikel lain dan kongsikan bersama kenalan anda!

      Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 13 7862.

      Terima kasih.

  3. Mohon latihan/kursus keusahawanan

    1. Author

      Hi Rahmah,

      Terima kasih kerana melayari Usahawan Nasional Webzine serta maklum balas yang telah diberikan.

      Untuk mengetahui jadual berkaitan latihan keusahawanan PUNB, anda boleh layari https://www.punb.com.my/ms/jadual-latihan-usahawan

      Jangan lupa layari artikel-artikel yang terdapat di Usahawan Nasional Webzine ini dan kongsikan bersama kenalan anda!

      Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 13 7862.

      Terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *