Serai Group Lebar Sayap bersama Program Enrich MAS

Khamis, 18 April – PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) berbangga dengan kerjasama yang terjalin di antara Serai Group Sdn Bhd, rakan usahawan PUNB bersama Malaysia Airlines Berhad (MAS) untuk Program Enrich.

Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Serai, Pavilion Bukit Bintang dan turut dihadiri beberapa jemputan kehormat iaitu Mohd Daud Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; Lau Yin May, Ketua Pegawai Kumpulan Pemasaran & Pelanggan MAS dan Dato’ Hazimah Zainuddin, Pengerusi PUNB.

Melalui kerjasama ini, ahli Enrich kini boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran Enrich Miles apabila mengunjungi mana-mana Restoran Serai atau semua rangkaian restoran Serai Group seperti Jibby & Co., Jibby East dan Jibby Chow.

Rentetan sinergi ini, bermula 19 April sehingga 31 Mei 2019, ahli Enrich berpeluang menikmati hidangan percuma di Serai Pavilion bernilai RM1,000 apabila mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Part of 10’ anjuran Enrinch. Ahli Enrich yang berminat untuk menyertai hanya perlu berbelanja minimum RM50 di mana-mana rangkaian restoran Serai Group. 6 pemenang mingguan akan dipilih sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *