Tip ‘Kick Start’ Bisnes untuk Usahawan Wanita

Semakin ramai wanita di Malaysia telah mula menceburi bidang perniagaan, namun jumlahnya masih lagi kecil jika dibandingkan dengan nisbah perusahaan dan perniagaan yang dimiliki oleh usahawan lelaki. Menurut statistik, hanya satu daripada lima perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dimiliki oleh wanita. Meskipun telah banyak bantuan dan program ditawarkan bagi menggalakkan wanita melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, golongan ini masih berdepan dengan kesulitan dalam memulakan perniagaan.

Sebelum membina atau mengembangkan perniagaan, seseorang itu perlu mempelajari ilmu tentang perniagaan. Tanpa ilmu dan teknik perniagaan yang betul, tidak mungkin anda akan berjaya mencapai sasaran yang diharapkan. Berikut adalah 10 perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan perniagaan:

Rancangan perniagaan

Tak sabar untuk mulakan perniagaan? Nanti dulu. Sebelum memulakan apa-apa, anda perlu mempunyai rangka pelan perniagaan untuk jangka masa panjang. Ia sangat penting bagi mengelakkan anda tersasar daripada matlamat. Antara perkara penting dalam pelan perniagaan anda termasuklah butiran produk, perancangan kewangan, teknik pemasaran dan pengiklanan. Anda harus komited dengan apa yang telah anda rancang. Kebanyakan perniagaan tidak berjaya kerana terlalu cepat mengubah rancangan atau tidak membuat perancangan rapi. Ingat, gagal merancang bermaksud merancang untuk gagal!

Idea dan produk

Seterusnya, anda perlu menjalankan kajian terhadap produk. Anda harus mempelajari selok-belok industri diceburi dan pesaing di pasaran serta teknik atau kaedah yang digunakan dalam sesebuah perniagaan. Namun, sekiranya anda mempunyai idea perniagaan tersendiri, pastikan anda berpegang teguh kepada idea tersebut dan jangan terlalu mudah mengubah matlamat hanya kerana kritikan atau tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti trend semasa. Ingat, jangan bertindak semberono dalam membuat sebarang keputusan, ya.

Kumpulan Sasaran

Sudah merangka idea dan pelan perniagaan? Anda juga perlu mengenal pasti kumpulan sasaran bagi produk anda. Ciri-ciri demografik seperti jantina, umur dan pendapatan bulanan memainkan peranan penting dalam menentukan kumpulan sasaran anda. Di samping itu, anda perlu mengambil kira bahawa keperluan dan citarasa penduduk bandar yang kadangkala berbeza dengan penduduk di luar bandar. Perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor tertentu termasuklah pendapatan mereka.

Bantuan Kewangan

Sudah sedia mulakan bisnes, tapi anda kekurangan dana? Jangan risau, kerajaan sangat komited untuk membantu usahawan wanita mendapatkan bantuan kewangan. Terdapat pelbagai saluran yang boleh digunakan untuk memohon pembiayaan perniagaan seperti PUNB, Tekun Nasional, SME Bank, MARA,Teraju dan banyak lagi. Pasti setiap saluran ini mempunyai program atau skim pembiayaan khusus untuk usahawan wanita.

Latihan dan Seminar

Anda belum yakin untuk mulakan perniagaan? Memerlukan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada seseorang yang lebih pakar dalam dunia perniagaan? Jangan risau, kini, banyak program dan bengkel keusahawanan telah dianjurkan oleh pelbagai pihak. Anda juga boleh sertai latihan dan seminar usahawan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan yang menawarkan bantuan pembiayaan kepada usahawan tempatan. Jadi, jom sertai kami di PUNB sekarang!

Pemasaran

Kaedah pemasaran merupakan perkara terpenting dalam menjalankan perniagaan. Kaedah atau platform pemasaran yang tepat dapat menjana keuntungan dan menstabilkan perniagaan anda. Penjualan produk dalam talian, misalnya, membuka peluang kepada anda untuk memasuki pasaran global. Beberapa perkara yang harus diambil kira termasuklah: 

  • Harga – Kenal pasti harga yang pelanggan rasakan berbaloi bagi produk anda.
  • Promosi – Kenal pasti platform pemasaran yang paling sesuai.
  • Tempat – Pilih lokasi terbaik bagi menempatkan produk anda.
  • Fizikal – Kenal pasti penampilan premis perniagaan yang sesuai untuk menarik pelanggan.
  • Pekerja/Duta/Jurucakap – Dapatkan individu yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan.

Rakan Kongsi Perniagaan

Untuk memulakan perniagaan, anda memerlukan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi perniagaan kerana anda mungkin tidak dapat menguruskan semua perkara dalam satu masa. Pemilihan rakan kongsi yang tepat dapat membantu kelangsungan perniagaan anda. Tidak mengapa jika rakan kongsi anda belum ada kemahiran yang mencukupi. Anda dan rakan kongsi boleh bersama-sama menambah ilmu perniagaan dari semasa ke semasa. Ia lebih baik daripada mengambil rakan kongsi yang mahir tetapi mementingkan diri atau tidak amanah, kerana sifat seperti itu akan mengancam perniagaan anda.

Fokus

Kejayaan hanya dapat dicapai sekiranya anda fokus dan serius dengan perniagaan diusahakan. Fokus tidak bermaksud anda harus mengabaikan tanggungjawab yang lain sebaliknya, memberikan fokus bermakna tidak menjalankan terlalu banyak perniagaan yang pelbagai pada satu masa. Janganlah sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat.

Pengurusan Masa

Sebagai wanita, kita harus bijak menguruskan masa. Anda perlu bijak membahagikan masa dalam menguruskan perniagaan, keluarga dan rumah tangga. Binalah rancangan jadual yang terbaik bagi memastikan masa yang anda peruntukkan dapat mengimbangi kehidupan peribadi dan kerjaya anda.

Sokongan Moral

Jaga hubungan baik dengan ahli keluarga dan sahabat anda kerana merekalah sokongan moral yang utama kepada anda untuk terus melangkah ke hadapan.

Peluang sudah ada.. Tunggu apa lagi Jom jadi usahawan! Kami di PUNB sedia membantu anda.

Credit image: Freepik

4 Ulasan

  1. Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
    Saya wawa dari pulau pinang. Terima kasih membaca coretan saya ini. Saya ingin tahu bagaimana punb boleh membantu saya dalam menggerakkan perniagaan saya, membantu dari segi latihan dan lain-lain.

    Secara ringkas saya telah ada sebuah produk sebelum ini..saya supply produk saya pada seseorg..pada mulanya ok tapi selepas itu saya tak dapat bayaran..produk yang dijanji akan ambil pun hanya tinggal janji..dan produk saya hampir expired.

    Sekian,terima kasih
    Wawa
    0174055583

    1. Author

      Salam Sejahtera Nurul Wahida,

      Terima kasih kerana melayari Usahawan Nasional Webzine.

      PUNB boleh membantu puan melalui pembiayaan perniagaan yang kami tawarkan. Selain itu, kami juga turut memberi sokongan perniagaan lain seperti khidmat nasihat & pemantauan perniagaan, kursus & latihan pembangunan keusahawanan serta perniagaan.

      Sekiranya berminat, puan boleh menghadiri taklimat pembiayaan mingguan PUNB (setiap hari waktu pejabat) di pejabat wilayah kami di Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut daripada para pegawai PUNB.
      Puan juga boleh layari laman sesawang kami di http://www.punb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 13 7862.

      Kami berharap dengan maklumat yang dikongsi akan membantu serta dapat menjana idea untuk perniagaan puan.
      Layari juga artikel-artikel lain dan kongsikan bersama kenalan!

      Terima kasih.

  2. Dalam perniagaan kita berhadapan dengan banyak risiko.
    Peniaga perlu tahu tentang strategi alternatif untuk mengurangkan risiko.
    Dalam pengedaran, kita perlu mewujudkan perlbagai saluran pasaran.
    Dengan demikian pasaran dapat dirempuh sambil mengelakkan bergantungan kepada saorang.. (diversify)
    Puan kena juga faham bahawa jualan consignment pun ada risikonya.

    1. Author

      Salam Sejahtera Arriffin,
      Terima kasih kerana melayari Usahawan Nasional Webzine serta maklum balas yang telah diberikan.
      PUNB merupakan sebuah institusi pembangunan keusahawanan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
      PUNB menawarkan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera selain memberi sokongan perniagaan lain seperti khidmat nasihat & pemantauan perniagaan, kursus & latihan pembangunan keusahawanan serta perniagaan.
      Jika berminat untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan daripada PUNB, anda bolehlah kunjungi Ibu Pejabat atau Pejabat-pejabat Wilayah PUNB yang berdekatan.
      Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kami di http://www.punb.com.my
      Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 13 7862.
      Kami berharap dengan maklumat yang dikongsi akan membantu serta dapat menjana idea untuk perniagaan anda.
      Layari juga artikel-artikel lain dan kongsikan bersama kenalan anda!
      Terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *