Pencapaian PUNB 30 Tahun

Kewujudan PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) selama 30 tahun dalam arena keusahawanan telah melakar sejarah tersendiri dengan matlamat untuk meningkatkan penglibatan dan membangun usahawan serta perniagaan Bumiputera yang berkualiti agar mampu bersaing dan berdaya tahan baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Sehingga hari ini, dengan usaha dan perancangan strategik, perkhidmatan PUNB masih lagi relevan serta memainkan peranan penting dalam memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera berada di landasan yang betul. Penambahbaikan dalam pakej bantuan pembiayaan perniagaan sentiasa dilakukan agar PUNB dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.