PKS Digesa Tingkatkan Mutu Produk dan Perkhidmatan

Menteri Muda Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan supaya tindak ketinggalan dalam era digital.

“Sekiranya mutu produk baik, kita dapat memasarkannya bukan hanya di dalam negara malah pada peringkat global.

“Sebagai seorang usahawan, ilmu teknologi komunikasi maklumat (ICT) perlu dipelajari, seperti aplikasi WhatsApp, Instagram, dan lain-lain yang kini mempengaruhi kehidupan harian manusia, termasuk cara berfikir dan membuat keputusan,” kata beliau dalam sebuah ucapan di Seminar Transformasi PKS 2017.

Menurut beliau, daripada 50,000 perniagaan yang berdaftar, kebanyakan daripadanya ialah PKS, dan hampir 80% bersaiz mikro.

Tambahnya lagi, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyediakan geran berjumlah RM 625,000 bagi perniagaan di Sarawak pada 2017 untuk pembangunan sistem.

“Saya berharap penerima geran ini akan menggunakan geran itu sebaiknya untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Kerjasama semua agensi kerajaan yang berkaitan diperlukan bagi menghasilkan impak yang boleh melahirkan usahawan yang berdaya saing dan kompetitif,” ucap beliau.

Sumber: Utusan Online

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *