PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) adalah antara 14 institusi kewangan yang terpilih untuk melaksanakan Program Pembiayaan Vendor TM yang dikenali sebagai ‘PERINTIS’.
Kerjasama itu diumumkan Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam satu majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Pusat Konvensyen TM, Menara TM, Kuala Lumpur, pada 7 September 2020 (Isnin).
Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak PUNB.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Pengerusi PUNB, YB Tan Sri Noh Omar, Pengerusi TM, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek.
PERINTIS menawarkan kemudahan pembiayaan yang komprehensif dan fleksibel serta khidmat rundingan untuk vendor PKS tempatan TM.