Majlis Qurban dan Silaturrahim PUNB 2024

Majlis Qurban dan Silaturrahim PUNB 2024 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Jabatan Pengalaman Pekerja (E.X) dan Unit Syariah yang diadakan di Masjid Jamek Abdullah Hukum, KL Eco City Bangsar, pada Rabu, 19 Jun 2024, berlangsung meriah.

Lebih 250 warga kerja dari Ibu Pejabat dan Pejabat PUNB Wilayah Tengah telah hadir ke program ini.

Sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja bergotong royong melapah daging korban dan memasak hidangan untuk makan tengah hari.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa. Hadir sama, Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan dan Encik Azman Abdullah; Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi PUNB yang juga Presiden KSK.

Pada program ini, YBhg Tan Sri Acryl turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Asrama Darul Falah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *