Lawatan Pengerusi PUNB ke Selangor

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB melawat ke premis Rakan Usahawan PUNB, Bateriku.com yang terletak di Shah Alam dan LonG Setia Auto di Kayu Ara, pada Khamis, 4 April 2024.

Program lawatan bermula di Bateriku.com yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan Tan Sri Acryl dibawa melawat ke Bateriku Paddock dan pusat panggilan. Beliau diberi penerangan mengenai operasi syarikat oleh Encik Azarol Faizi Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com.

Lawatan kedua diteruskan di LonG Setia Auto Sdn Bhd iaitu Perodua 3S Kayu Ara. Tan Sri Acryl diberi penerangan mengenai operasi di Perodua 3S, selain berbincang mengenai cabaran yang dihadapi syarikat Rakan Usahawan PUNB dan sokongan yang diperlukan untuk memastikan usahawan terus berdaya saing dan berdaya tahan.

Ketibaan Tan Sri Acryl disambut Encik Abdul Muner Hanafiah, Pengarah Urusan LonG Setia Auto yang juga Presiden Persatuan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO). Lawatan ini turut disertai Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi, Encik Taha Ibrahim, Ketua Unit Projek Khas Automotif (SPAU).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *