Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa USIM

Sekitar Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa USIM yang telah diadakan di Executive Lounge, Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Selasa, 26 Mac 2024.

PUNB yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Zakat, YBrs. Encik Fauzi Zakaria telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Sumbangan tersebut disalurkan bagi tujuan Projek Tabung It’am Muhtajin (Agihan Makanan) dan Projek Ibnu Sina (Bantuan Perubatan).

Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Zakat PUNB, Encik Ahmad Sabri Ismail; Timbalan-Timbalan Naib Canselor USIM, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Wakaf & Zakat USIM, delegasi PUNB serta kakitangan USIM.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *