Penyerahan Cek Replika Pembiayaan Perniagaan PUNB di Majlis Bantuan Keusahawanan Johor 2022

Penyerahan cek replika pembiayaan perniagaan PUNB di Majlis Penyerahan Bantuan Keusahawanan Johor 2022 sempena Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini, 1 Oktober 2022.

Penyerahan cek replika melibatkan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM10,335,000.00 untuk 10 Rakan Usahawan PUNB ini, disampaikan oleh YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.

Turut hadir, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *