Perasmian Meet Bros Steakhouse di Paddington, London

Meet Bros Steakhouse merupakan kerjasama dua syarikat #RakanUsahawanPUNB, Palace Butcher Resources Sdn Bhd dan Serai Group Sdn Bhd di bawah rangkaian restoran mereka yang terkenal iaitu Me’nate Steak Hub dan Jibby & Co dengan pembukaan restoran usaha sama pertama di Paddington, London pada Jumaat, 12 Mei 2023.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan perasmian restoran tersebut.

Turut berangkat ke perasmian yang diadakan di Meet Bros Steakhouse adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg Datuk Mohammad Ismail, Pengerusi Interim PUNB; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi PUNB; wakil Palace Butcher Resources Sdn Bhd dan wakil Serai Group Sdn Bhd.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *