Hari ke-3: Delegasi Rakan Usahawan Automotif PUNB di Shanghai

Aktiviti terakhir delegasi Rakan Usahawan Automotif PUNB di Shanghai adalah lawatan ke SAIC GM Motors Corporation Limited di Jiqiao, Pudong pada Isnin, 4 Disember 2023.

SAIC GM Motors Corporation merupakan usahasama antara SAIC Motor dan GM Motors. SAIC GM adalah pengeluar kenderaan jenama Chevrolet, Buick dan Cadillac di China.

Selain dapat melihat pelbagai kenderaan jenama terkenal, delegasi juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri cara pemasangan kereta di kilang pemasangan kenderaan.

Aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada rakan usahawan automotif mengenai perkembangan industri dan teknologi pembuatan kenderaan oleh SAIC GM Motors Corporation.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *