Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke Pejabat PUNB Cawangan Kelantan

Sekitar lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin ke Pejabat PUNB Cawangan Kota Bharu, Kelantan pada 12 Julai 2023, Rabu.

Lawatan turun padang ini, bertujuan untuk mengemaskini perkembangan terkini warga kerja di cawangan dan mengambil maklum balas pelbagai isu berkaitan pentadbiran dan rakan usahawan bagi memastikan peningkatan perkhidmatan PUNB di Kelantan.

Kehadiran En Izwan disambut Puan Shah Farina Shah Raid, Pengurus Cawangan dan warga kerja PUNB cawangan Kelantan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *