Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke Premis Perniagaan Rakan Usahawan PUNB di Kelantan

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dalam rangka lawatan kerjanya ke negeri Kelantan telah berpeluang melawat ke premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB di sekitar Kok Lanas, Tanah Merah dan Machang, Kelantan pada 12 Julai 2023, Rabu.

1- Sinar Chrome Garage di Kok Lanas, Ketereh. Rakan Usahawan PUNB ini menjalankan perniagaan menjual pelbagai aksesori lori dan menyediakan perkhidmatan solek lori. Sebut sahaja aksesori terkini lori, solekan gaya terkini dan menaik taraf rupa lori dari lama ke baru, semuanya ada di Sinar Chrome Garage.

Rakan Usahawan PUNB ini juga mempunyai perniagaan menjual motosikal menerusi syarikatnya, Smart Enkei Garage.

2- Perniagaan Nik Adib Sdn Bhd di Machang. Syarikat Rakan Usahawan PUNB ini menjual pakaian muslim dan keperluan ibadah melalui platform dalam talian dan secara fizikal di outlet yang terletak di Kota Bharu, Kelantan; Sungai Petani, Kedah dan Masjid India di Kuala Lumpur.

Menariknya, Rakan Usahawan PUNB ini mempunyai kilang songkok yang terletak di Machang dan menghasilkan lebih daripada 350,000 ribu songkok setahun. Songkok yang dihasilkan dijual di beberapa pasar raya besar di Lembah Klang dan syarikat ini turut menjadi pengeluar kepada beberapa jenama terkemuka negara.

3- Kico Baby Center, di Tanah Merah. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Tanah Merah boleh berkunjung ke Kico Baby Center untuk mendapatkan pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak dengan harga berpatutan. Syarikat Rakan Usahawan PUNB ini terkenal dengan tilam bayi berasaskan kekabu yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan warna menarik.

Tunggu gapo lagi. Nok jangok lori? nok cari songkok? nak bare baby. Pakat maghi kedai Rakan Usahawan PUNB deh.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *