Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke Premis Perniagaan Rakan Usahawan PUNB di Terengganu

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB berpeluang melawat Rakan Usahawan PUNB di Terengganu sempena lawatannya ke Pejabat PUNB Wilayah Pantai Timur pada Khamis, 13 Julai 2023.

NMZ Muamalat di Dataran Austin, Jalan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Rakan Usahawan PUNB ini terkenal dengan jenama BYNIKS yang menghasilkan Baju Melayu, Kurta dan pakaian kasual untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak. Jenama BYNIKS mempertaruhkan rekaan Baju Melayu tradisional, selain menerapkan motif batik dalam beberapa rekaan pakaian kasual.

Rakan Usahawan PUNB ini turut mempunyai kedai menjual pakaian dan aksesori lelaki, One Jean Store yang terletak di lokasi berhampiran.

Tokku Leko Sdn Bhd Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Jenama ‘Kephok’, keropok segera keluaran Tokku Lekor Sdn Bhd ini boleh didapati di lebih 50 outlet pasar raya dan pasar raya besar di sekitar Terengganu, Lembah Klang dan Sabah. Selain terkenal dengan ‘Khepok’, Tokku turut mengeluarkan produk keropok lekor sejuk beku, keropok keping, isi ikan, bebola dan satar. Rakan Usahawan PUNB ini merancang untuk membuka kira-kira 100 outlet di seluruh negara menjelang 2025 dan menembusi pasaran Indonesia pada hujung tahun ini.

Faiz91 PG Enterprise di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Kedai Rakan Usahawan PUNB, Faiz Gold ini menjual pelbagai rekaan barangan kemas 916 dan menawarkan perkhidmatan tukar dan beli emas, mereka bentuk barang kemas rekaan sendiri, tembaga dan berlian serta menawarkan perkhidmatan membaiki barangan kemas, tembaga dan menyadur emas. Faiz Gold ini diusahakan oleh usahawan muda yang sudah berkecimpung dalam perniagaan emas sejak 2017. Kedai emas ini juga aktif menjalankan aktiviti jual beli menerusi platform jual beli media sosial.

Hippie Baby House di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu, boleh berkunjung ke Hippie Baby House untuk mendapatkan pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak dengan harga berpatutan. Syarikat Rakan Usahawan PUNB ini layak digelar ‘pusat sehenti’ kerana premis tiga tingkat yang menempatkan Hippie Baby House ini lengkap dengan pelbagai barangan bayi, kanak-kanak, pakaian, kasut, aksesori dan barangan keperluan ibu.

Nok tunggu mende lagi, nok caghi kepokk, beli emah, caghi baju lakki, baju baby mari la ke kedda Rakang Usahawang PUNB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *