Majlis Perasmian dan Pelancaran Fandi Motor Sports Sdn Bhd (Petronas AutoExpert)

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin hadir ke Majlis Perasmian dan Pelancaran Fandi Motor Sports Sdn Bhd (Petronas AutoExpert) di Kamunting, Taiping, Perak pada Sabtu, 17 Jun 2023.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Exco WakeUp Negeri Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor. Hadir sama, Encik M. Zameer Zahur Husib, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd dan Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan PUNB.

Fandi Motor Sports Sdn Bhd adalah Rakan Usahawan automotif PUNB kelima yang menyertai Program Petronas AutoExpert bagi tahun 2023. PUNB bekerjasama dengan Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd melalui Program Petronas AutoExpert untuk menjalankan perniagaan pusat servis berkonsep di bawah jenama syarikat minyak utama Malaysia ini. Melalui kerjasama ini, Rakan Usahawan yang layak akan mendapat sokongan pembiayaan daripada PUNB serta bimbingan oleh pihak Petronas untuk menyediakan perkhidmatan pusat servis berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Tahniah Fandi Motor Sports Sdn Bhd Petronas AutoExpert Kamunting! Selamat Maju Jaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *