Pelancaran Program JumPER GREAT 2023

Program JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) PUNB 2023 dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 2 November 2023.

Seramai 300 siswazah bumiputera terpilih untuk menyertai program latihan keusahawanan digital ini yang akan dilaksanakan selama tiga bulan, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Antara program yang dirancang ialah ‘boot camp’, program bina semangat, pembelajaran pemasaran digital dan sesi bimbingan serta pemantauan secara dalam talian.

Dalam tempoh latihan ini, peserta akan menerima elaun bulanan serta layak menerima Geran Dana Permulaan Perniagaan untuk peserta menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Selain itu, PUNB akan menjalankan pemantauan dan memberi khidmat nasihat bagi memastikan teknik pemasaran yang dipelajari dan dipraktikkan sepenuhnya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB. Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *