Penyerahan Zakat Perniagaan kepada PPZ-MAIWP oleh Ketua Pegawai Eksekutif PUNB di Majlis Zakat Korporat 2023

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 1 Juta kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang diwakili Pengerusinya, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dengan disaksikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Majlis Zakat Korporat 2023 di Putrajaya, pada 10 Julai 2023.

Penganjuran majlis tersebut adalah simbolik kepada penyerahan zakat perniagaan syarikat-syarikat korporat kepada PPZ-MAIWP bagi tahun 2022 dan 2023. Sebanyak 21 syarikat korporat telah menyampaikan zakat perniagaan yang disampaikan oleh wakil syarikat masing-masing.

Puan Ruslina Mamat, Ketua Jabatan Strategik Kewangan PUNB turut hadir bagi mengiringi Encik Izwan ke majlis tersebut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *