Perasmian Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB diiringi Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi telah menghadiri Perasmian Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada Sabtu, 2 Mac 2024.

Tujuan kongres adalah untuk menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu dan penambahbaikan agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif di samping mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi Bumiputera yang lebih bermakna selarasan dengan kerangka ekonomi MADANI.

Kongres ini telah berlangsung selama tiga bermula dari 29 Februari 2024 hingga 2 Mac 2024. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Kementerian Ekonomi bertindak selaku sekretariat bersama bagi kongres berkenaan.

Hadir sama, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air serta ahli-ahli jemaah menteri.

#KEB2024#PICC#KongresEkonomiBumiputera#Putrajaya#MADANI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *