Persidangan Wanita IKS & Kepimpinan Wanita anjuran IKSnita

Seramai 4 warga kerja PUNB di Sabah bersama 5 Rakan Usahawan PUNB telah menyertai Persidangan Wanita IKS & Kepimpinan Wanita anjuran Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputra Sabah (IKSnita) yang telah berlangsung pada 10 Mac 2024 bertempat di Sabah International Conventional Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Persidangan yang mengumpulkan usahawan wanita dari seluruh Sabah bersempena Hari Wanita Sedunia 2024 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Encik Ahsim Haji Jamat. Turut hadir ialah Presiden IKSnita Sabah, Datuk Dayang Haja Khatijah.

Program ini bertujuan membantu usahawan wanita dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, cara pengurusan dan kepimpinan dalam perniagaan.

Pada sebelah malam, para peserta telah menghadiri majlis makan malam bagi menyambut dan meraikan wanita terutama para usahawan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam arena keusahawanan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *