Program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit To Japan’

Sekitar lawatan peserta program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit To Japan’, ke syarikat Avex dan Armec Corporation yang terletak di Nagoya pada Isnin, 5 Februari 2024.

Syarikat Avex yang ditubuhkan pada Jun 1953 ini menghasilkan komponen automotif seperti bahagian injap transmisi automatik kenderaan, brek dan komponen enjin, manakala syarikat Armec Corporation menjalankan perniagaan kitar semula bahan logam ferus dan bukan ferus daripada syarikat pengeluar komponen automotif dan keluli.

Dalam kedua-dua lawatan tersebut, peserta program diberi penerangan mengenai amalan kecemerlangan yang dipraktikkan, cabaran yang mereka hadapi dalam pengurusan perniagaan dan kaedah mengatasinya.

Selain itu, mereka turut berkongsi mengenai inisiatif yang diperkenalkan untuk pembangunan sumber manusia seperti memperkasakan penglibatan golongan muda dan wanita bagi sama-sama menyumbang dalam kesinambungan kecemerlangan syarikat.

Program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit To Japan’, kerjasama antara PUNB dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini, bermula 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB. Turut serta YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan misi lawatan ini diketuai oleh Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi.

Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *