Ceramah TQM bagi Program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’

Peserta program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’ mendengar ceramah mengenai Kawalan Kualiti dan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang disampaikan oleh Y. Kakiuchi, pada Khamis, 8 Februari 2024.

Peserta diberi penerangan mengenai konsep serta prinsip-prinsip asas dalam kawalan kualiti dan TQM bagi memastikan peningkatan produktiviti dalam sesebuah organisasi.

Program ini adalah kerjasama antara PUNB dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), bermula 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB. Turut serta, YBhg. Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan lawatan ini diketuai oleh Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *