PUNB Terima Anugerah ‘2023 Outstanding Support from Industry Partners & Associations’ daripada MDEC

PUNB berbesar hati menerima anugerah ‘2023 Outstanding Support from Industry Partners & Associations’ daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Pengiktirafan ini adalah sempena ‘100 Go Digital Appreciation Day’ yang telah berlangsung di The Everly Putrajaya pada Rabu, 13 Disember 2023.

PUNB diwakili Cik Nurussyifa Nordin dari Unit Pembangunan Perniagaan Antarabangsa untuk menerima anugerah tersebut. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada MDEC atas penghargaan ini.

Kejayaan ini membuktikan komitmen PUNB terhadap memacu kecemerlangan dan menyokong usaha sama dalam mendorong inovasi terhadap industri.

Terima kasih juga kepada seluruh warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB kerana telah menjadikan impian ini suatu realiti!

#SayaDigital#MalaysiaDigital#RakanUsahawanPUNB

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *