Sesi Taklimat ‘Bumiputera Automotive Aftermarket Development Program 2023’

Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Izwan Zainuddin telah hadir ke sesi taklimat ‘Bumiputera Automotive Aftermarket Development Program 2023’ anjuran AUTOPRO dan Mobility Werk Advantech dengan kerjasama PUNB yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 4 Julai 2023.

Program ini bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan selain bertindak sebagai platform untuk meluaskan jaringan perniagaan dan hubungan kerjasama antara pemain industri automotif AUTOPRO.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhaizar Markam dari KYB, Encik Jeremy Balong Elone dari Denso Malaysia dan Encik Vijay Kumar dari SEG Automotive.

Pada sebelah petang pula, peserta dibawa melawat ke kilang MW Advantech Sdn Bhd untuk mengenali dengan lebih dekat proses yang terlibat dalam pengeluaran sesebuah produk automotif.

Turut hadir adalah Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB, Encik Fauzi Zakaria, Presiden AUTOPRO, Encik Muner Hanafiah, KPE MW Advantech Sdn Bhd, Puan Christine Sharon Nunis, Ketua Pegawai Perniagaan MW Advantech Sdn Bhd, Encik Azizan Abdul Aziz, warga kerja PUNB dan wakil-wakil syarikat automotif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *