SParK 2023 – Peruncitan Masa Hadapan: Menelusuri Landskap Perniagaan

Simposium Peruncitan Kebangsaan (SParK) 2023 telah dianjurkan dalam susana penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Selasa 21 November 2023.

SParK 2023 yang merupakan penganjuran kali keempat ini bertemakan, Peruncitan Masa Hadapan: Menelusuri Landskap Perniagaan dengan menyokong dan mempromosikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan menerapkan elemen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasi harian PUNB serta Rakan Usahawan.

Antara pengisian SParK 2023 ialah, sesi perkongsian daripada YBhg Dato’ Dr Ir. Muhammad Guntor Mansor Tobeng, Pengarah Urusan Gading Solar Sdn Bad (Gading Kencana) yang membincangkan mengenai ESG: Cabaran dan Peluang Industri Peruncitan. Selain itu turut diadakan sesi forum yang melibatkan ahli panel yang juga pemain hebat dalam industri seperti Tuan Syed Ashraf Syed Ali, Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bad yang terkenal dengan jenama Me’nate Steak Hub dan Puan Siti Shafurah Abas, Pengarah Urusan Babymama Trading Sdn Bhd (Butik Fateh).

Simposium ini dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB. Hadir sama, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan YBhg Datuk Wira Ameer Ali Mydin, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO).

Tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur yang berjaya menganjurkan majlis penuh gilang gemilang dan bermanfaaat ini. Terima kasih kepada semua warga kerja yang bekerjasama dałam pengajuran majlis ini sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Selain itu, tahniah kapada semua pemenang Anugerah Keusahawanan PUNB 2023.

Jumpa lagi pada penganjuran SParK akan datang.

#PUNBSParK2023

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *