Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB Sempena Mini Karnival HPPK2023

Sekitar sesi Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB sempena Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan (HPPK2023) yang diadakan di Pentas Mini Karnival HPPK2023 bertempat di Buhavan Square, Penampang, Sabah pada hari ini.

Sesi taklimat ini disampaikan oleh Encik Hamimi Mohd Shamsudin, Eksekutif Kanan, Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan PUNB. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pembiayaan perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PUNB.

Bah jangan kamurang lupa tag kawan-kawan untuk bersama-sama temui #TeamExhibitionPUNB di HPPK2023 hingga esok!

Jangan kasi lepas peluang keemasan ini. Rugi tu kalau nda datang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *