Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengorak langkah menubuhkan jabatan khas untuk menguruskan perniagaan secara atas talian yang dilihat amat penting pada masa kini.
Inisiatif itu membolehkan PUNB memberi perhatian untuk membantu rakan usahawan dalam meningkatkan pembabitan mereka dalam perniagaan atas talian kerana ia adalah perniagaan baharu yang menarik golongan usahawan muda.