Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB di Program Jerayawara @Alor Setar telah disampaikan oleh Puan Rahayu Jaafar, Ketua Pejabat PUNB Cawangan Kedah di Dewan Ukir Mall, Alor Setar, Kedah pada Rabu, 21 Februari 2024.
Program kerjasama PUNB dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) ini bertujuan untuk memperkenalkan pembiayaan perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PUNB.
Peserta juga berpeluang menyertai sesi konsultasi perniagaan bersama pegawai PUNB dari Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan serta Pejabat PUNB Cawangan Kedah.
Program dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK. Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB.