Belanjawan Perniagaan…Kenapa penting?

Setibanya penghujung tahun, baik Negara mahupun syarikat dan perniagaan pasti sudah mula membuat belanjawan atau anggaran perbelanjaan bagi setiap perancangan yang telah dirangka untuk tahun berikutnya. Anggaran perbelanjaan ini akan menjadi kayu pengukur dan panduan bagi setiap perkara yang bakal dilaksanakan.

Secara ringkasnya, anggaran perbelanjaan atau belanjawan adalah ramalan pendapatan dan perbelanjaan dalam jangka masa yang ditentukan. Terdapat beberapa jenis anggaran perbelanjaan, antaranya adalah:

Anggaran statik
anggaran dengan angka berdasarkan output dan input oyang dirancang untuk setiap bahagian firma.

Anggaran aliran tunai
membantu pengurusan syarikat menentukan jumlah wang tunai yang dihasilkan oleh syarikat dalam satu tempoh.

Anggaran fleksibel
mengandungi hasil sebenar dan dibandingkan dengan anggaran statik syarikat untuk mengenal pasti sebarang perbezaan.

Selepas anggaran perbelanjaan, anda harus tahu bagaimana cara membuat belanjawan perniagaan dengan bijak dari segi kewangan? Ini kerana belanjawan perniagaan mampu membantu anda membuat keputusan yang baik, mengurangkan perbelanjaan atau meningkatkan pendapatan dan pembiayaan bagi membantu mengembangkan perniagaan anda. Cara-cara membuat belanjawan perniagaan adalah  dengan:

Hitung Sumber Pendapat
Ketahui berapa banyak wang yang dihasilkan oleh perniagaan anda setiap bulan dan dari mana sumber tersebut diperolehi.

Tentukan Kos Tetap
Kos tetap anda adalah perbelanjaan yang tetap dari bulan ke bulan. Ini termasuk perbelanjaan seperti sewa, utiliti tertentu (seperti internet atau telefon), hosting laman web, dan kos pembayaran gaji.

Sertakan Kos Berubah
Kos berubah tidak disertakan dengan tanda harga tetap — dan akan berbeza setiap bulan berdasarkan prestasi dan aktiviti perniagaan anda. Ini termasuk perkara seperti utiliti berasaskan penggunaan (seperti elektrik atau gas), kos penghantaran, komisen penjualan atau kos perjalanan.

Ramalan Perbelanjaan
Sebilangan besar perbelanjaan perniagaan anda adalah perbelanjaan biasa yang anda bayar setiap bulan, sama ada kos tetap atau berubah. Tetapi ada juga kos yang akan berlaku lebih jarang. Jangan lupa untuk memasukkan perbelanjaan tersebut ke dalam anggaran anda juga.

Hitung Kesemua Perbelanjaan
Gabungkan semuanya untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kedudukan kewangan anda untuk bulan tersebut.

Pada belanjawan perniagaan, hitung jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan anda (iaitu dengan menambahkan jumlah kos tetap, kos berubah dan ramalan perbelanjaan) – kemudian bandingkan aliran tunai(pendapatan)dengan aliran keluar(perbelanjaan) untuk menentukan keuntungan keseluruhan anda.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *