Hari kedua program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’ melawat ke Muzium Toyota Kaikan dan Mitsubishi Electric di Nagoya, Jepun, Selasa, 6 Februari 2024.
Muzium yang terletak di Toyota City ini, dibuka sejak 1977 sempena sambutan ulang tahun Toyota yang ke-40. Muzium ini mempamerkan inisiatif Toyota terhadap masyarakat melalui teknologi ciptaannya dan pengunjung berpeluang mempelajari bagaimana Toyota bekerja kearah masa depan neutral karbon melalui pendekatan elektrifikasi yang pelbagai.
Lawatan kemudian diteruskan ke Mitsubihi Electric bagi melihat pengaplikasian pendigitalan dalam pengilangan iaitu e-Factory dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini, kecerdasan buatan (A.I) dan sistem komputer.
Program ini adalah kerjasama antara PUNB dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), bermula 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB. Turut serta, YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan lawatan ini diketuai oleh Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi.
Malaysia Productivity Corporation (MPC)