Hari ketiga pada Rabu, 7 Februari 2024, peserta program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’ berpeluang mendengar taklimat ‘Beyond the Operational Excellence’ daripada Mr. Masayoshi Kaneko, wakil Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Rakuten Communications.
Rakuten Communications adalah syarikat terkemuka Jepun yang juga antara peneraju dalam bidang e-commerce, FinTech, pengiklanan dan pemasaran serta komunikasi.
Peserta dibawa melawat ke bangunan Rakuten Crimson House di Tokyo yang berkonsepkan minimalis dan moden serta diberi penerangan mengenai operasi syarikat tersebut.
Mr. Masayoshi Kaneko turut berkongsi strategi yang digunakan Rakuten dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan menjalankan transformasi bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) organisasi.
Program ini adalah kerjasama antara PUNB dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), bermula 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB. Turut serta, YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan lawatan ini diketuai oleh Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi.
Malaysia Productivity Corporation (MPC)