JUMPER..Di Sini Bermula!

Budaya berniaga sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini. Malah, jika dilihat, semakin ramai khususnya golongan belia yang memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti tidak mahu hanya bergantung kepada ‘makan gaji’ selain ingin memiliki kebebasan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

Namun, ingin memulakan sesebuah perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Berniaga bukan setakat jual beli barangan sahaja sebaliknya melibatkan banyak proses dan langkah-langkah yang perlu diambil kira.

Bagi belia yang berminat untuk menjadi seorang usahawan tetapi masih kurang keyakinan, JUMPER PUNB boleh membantu anda!

Apa itu JUMPER PUNB?

JUMPER merupakan sebuah program latihan keusahawanan bagi golongan belia yang ingin mendapatkan ilmu pengetahuan tentang perniagaan. JUMPER PUNB terbahagi kepada dua iaitu JUMPER Start Up dan JUMPER 2.0.

JUMPER Start Up

Anda merupakan siswazah muda Bumiputera? Berminat untuk menjadi seorang usahawan?

JUMPER Start Up sememangnya terbaik untuk anda!

Program keusahawanan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan ini memberi peluang kepada anda untuk mempelajari selok-belok menguruskan perniagaan daripada seorang mentor (Rakan Usahawan PUNB & syarikat lantikan PUNB) selain dapat menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan.

Istimewanya program ini, anda turut menerima elaun sara diri setiap bulan serta berpeluang mendapatkan geran berjumlah RM10,000 dan pembiayaan minimum sebanyak RM40,000* setelah tamat latihan.

Program ini secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda serta sebagai persediaan awal dalam perjalanan anda bergelar seorang usahawan nanti.

JUMPER 2.0

Anda sudah memiliki perniagaan? Mencari platform pengetahuan tentang perniagaan?

JUMPER 2.0 adalah penyelesaiannya!

Program latihan ini mensasarkan kepada usahawan muda Bumiputera yang berminat untuk mendapatkan pendedahan, kefahaman dan pengetahuan dengan lebih lagi bagi mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. 

Melalui modul-modul latihan berkesan yang dirangka pasti dapat memberi peluang kepada anda untuk mempelajari dan menguruskan perniagaan dengan lebih sistematik serta berpeluang menjalin jaringan perniagaan dengan para usahawan dan agensi perniagaan terpilih. Malah, anda juga layak untuk memohon pembiayaan PUNB minimum RM100,000* setelah tamat latihan.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menghantar Rancangan Perniagaan anda kepada PUNB.

Yang paling menarik… penyertaan kedua-dua program JUMPER ini adalah PERCUMA!

Untuk maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, cara memohon dan sebagainya, anda boleh layari www.punb.com.my atau emel kepada jumper@punb.com.my sekarang!

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di 1300 13 7862.

Jadi, tunggu apa lagi! Mari bina kerjaya keusahawanan anda bersama JUMPER PUNB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *