Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, merangkap Pengerusi ADFIM, Encik Izwan Zainuddin sebagai moderator di dalam forum bertajuk Infrastruktur Digital sempena Mesyuarat Tahunan ADFIAP Ke-46 di Almaty, Kazakhstan, Isnin, 15 Mei 2023.
Forum yang berlangsung selama satu jam ini membincangkan mengenai inisiatif yang diambil Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dalam mengadaptasi penggunaan penyelesaian digital dan kemajuan teknologi untuk menyokong aktiviti kewangan dan pelaburan institusi masing-masing.
Ahli panel forum ini terdiri daripada Cecelia C. Borromeo, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Land Bank of Filippine; Shri Shaji K V, Pengerusi Bank Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian Kebangsaan (NABARD) India; Tigran Sargysan, Timbalan Pengerusi Bank Pembangunan Eurasian (EDB) dan Adam Mariko, Timbalan Pengarah Mobilisasi, Kerjasama dan Komunikasi Agence Francaise de Development (AFD).