Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia (AUTOPRO) bersama Unit Projek Khas Automotif (SPAU) mengadakan kunjungan hormat ke atas Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) pada Isnin, 11 Mac 2024 di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara Rakan Usahawan automotif PUNB dan ahli-ahli PEKEMA. Jalinan kerjasama ini akan memberi peluang kepada Rakan Usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan dan berkongsi kepakaran.

Turut hadir adalah Ybhg Dato’ Haji Zainuddin Bin Abd Rahman, Pengerusi Koperasi PEKEMA; Tuan Haji Munir Hanafiah, Presiden AUTOPRO; Encik Halim Mutaref, Timbalan Presiden I AUTOPRO; Encik Zulkanin Jaharudin, Timbalan Presiden II AUTOPRO, wakil ahli AUTOPRO, wakil SPAU dan PEKEMA.