Sesi taklimat Program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’ telah diadakan di Pejabat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), di Menara Matrade, pada Isnin, 29 Januari 2024.
Taklimat mengenai program tersebut disampaikan oleh Puan Saliza Saari, Pengarah MPC. Hadir sama, Encik Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC.
Program kerjasama PUNB dan MPC ini bertujuan untuk meneroka amalan kecemerlangan perniagaan yang bermanfaat untuk dilaksanakan di PUNB.
Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada Rakan Usahawan mengenai amalan kecemerlangan yang diamalkan syarikat-syarikat ternama di Jepun bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka.
Program lawatan ini akan bermula pada 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 9 warga kerja PUNB termasuk YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi dan Encik Azman Abdullah, Pengurus Bahagian Kewangan dan Transformasi serta 13 Rakan Usahawan PUNB. Malaysia Productivity Corporation (MPC)