Sekitar program Lawatan Industri pelajar dan pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya ke Ibu Pejabat PUNB pada hari ini, 18 Disember 2023.
Tujuan program ini adalah untuk mendengar Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan pembiayaan dan perkhidmatan PUNB yang patuh syariah. Mereka juga ingin mengetahui asas bidang keusahawanan. Taklimat disampaikan oleh Encik Muhamad Danial Shahrudin dari Unit Pemasaran & Pembangunan Usahawan.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada Encik Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi, Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebagai tanda penghargaan kerana sudi memilih PUNB sebagai tempat lawatan industri.