PUNB dengan kerjasama Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO) telah menganjurkan Auto Forum 2022 pada 2 November 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bertemakan ‘Meneroka Peluang Memacu Kelestarian’, Auto Forum siri ke-6 ini telah dihadiri oleh 510 peserta terdiri daripada Rakan Usahawan PUNB, usahawan Bumiputera dan para pelajar institusi kemahiran tinggi yang terlibat dalam industri automotif.
Di kesempatan ini, PUNB ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta, penceramah, ahli panel jemputan serta semua pihak terlibat atas sokongan serta kerjasama yang telah diberi dalam menjayakan Auto Forum 2022.
Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang Anugerah Usahawan Automotif Auto Forum 2022. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kejayaan kepada anda dan usahawan lain untuk terus maju dalam perniagaan.