Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) telah menganjurkan ADFIM Borneo Bowling Tournament 2023 pada Ahad, 3 Disember 2023 di MyBowl KK, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah.
Pertandingan ini disertai oleh agensi seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank, Sabah Credit Corporation, Borneo Development Corporation dan SME Bank.
PUNB diwakili oleh Encik Abdul Ashaari Salleh, Ketua Pejabat Wilayah Sabah serta Puan Afiqah Safwanah Amir Kusin dan Encik Amin Lasinring.
Syabas kepada semua peserta dan tahniah kepada BSN yang telah menjuarai pertandingan ini. Encik Abdul Ashaari Salleh mewakili Pengerusi ADFIM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PUNB bagi sesi penyampaian hadiah.