Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bertindak proaktif dengan memberi penangguhan pembayaran pembiayaan ke atas prinsipal dan tawaran diskaun sebanyak 50 peratus sewa premis perniagaan PUNB selama enam bulan berkuat kuasa 1 Januari lalu membabitkan kutipan berjumlah RM112.5 juta. Ia merupakan salah satu usaha untuk membantu usahawan kekal berdaya tahan dan berdaya saing ketika pandemik COVID-19 masih menular di negara ini.






