Hari Terakhir: PUNB Trade Fair Dubai 2023

Hari terakhir di UAE, delegasi PUNB Trade Fair Dubai 2023 dibawa melawat ke Sheikh Zayed Festival di Abu Dhabi, pada Isnin, 4 Disember 2023.

Lawatan yang diketuai YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dengan diiiringi Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi dibawa melawat dan diberi penerangan oleh wakil Sheikh Zayed Festival mengenai tarikan serta kemudahan yang ada di kawasan tersebut.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama dalam menyediakan fasiliti perniagaan kepada usahawan Bumiputera di negara ini utk bertapak di UAE.

Sheikh Zayed Festival ini hanya berlangsung selama empat bulan setahun antara November hingga Mac. Festival ini menempatkan pavilion pelbagai negara yang menampilkan keistimewaan produk negara tersebut. Selain itu, di festival ini turut menampilkan aktiviti kebudayaan masyarakat UAE.

#PUNBTakesDubai#PUNBTradeFairDubai2023#PUNBGoInternational#RakanUsahawanPUNB

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *