Program Cabaran Simulasi Perniagaan – UniChallenge 2023 – Kolaborasi Antara PUNB dan UMS

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berkolaborasi mengadakan program Cabaran Simulasi Perniagaan – UniChallenge 2023. Program ini telah disertai oleh para pelajar UMS dengan membentangkan idea perniagaan dan mengetengahkan bakat keusahawanan mereka bagi berentap untuk mendapatkan hadiah lumayan.

Kemuncak program berlangsung pada Selasa, 5 Disember 2023 dan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie bin Abd Karim, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan. Turut serta sebagai juri pertandingan adalah Encik Hamimi Mohd Shamsudin dan Encik Fikrihilmi Abd Jamil, Pegawai PUNB dari Unit Pemasaran & Pembangunan Usahawan serta Encik Susanto Seesaw dari Pejabat PUNB Wilayah Sabah.

Syabas diucapkan kepada semua peserta dan tahniah diucapkan kepada pemenang yang berjaya merebut gelaran juara bagi program kali ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *