Kunjungan Delegasi PUNB ke TEXPO

Delegasi PUNB mengadakan lawatan ke Pameran Tekstil Antarabangsa ke-4 (TEXPO) 2023 di Karachi, Pakistan pada 26-28 Mei 2023.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali bin Mydin, Presiden Bumiputera Retailers Organisation (BRO); Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB; Puan Hazina Mohamad, Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Antarabangsa PUNB dan seramai 21 Rakan Usahawan PUNB serta ahli-ahli BRO.

TEXPO merupakan pameran tekstil terbesar di Pakistan dan lapan terbesar di dunia, menyediakan platform utama bagi pakar industri yang terlibat dari bahan mentah hingga produk siap dengan menawarkan harga yang berdaya saing global dan memastikan kualiti terbaik.

Lawatan ini memberi peluang kepada Rakan Usahawan PUNB untuk meluaskan rangkaian perniagaan dan membuat padanan perniagaan dengan pempamer yang menyertai ekspo tersebut.

Turut mengiringi lawatan ini ialah Encik Muhamad Ameer Hassan Butt, wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *