Pelancaran Program Empowering Orang Asli Communities

Majlis pelancaran program ‘Empowering Orang Asli Communities’ (ECO), Through Skills and Training’ telah dirasmikan oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif di dewan utama PUNB pada hari ini.

Program ECO ini bertujuan memperkasa belia Orang Asli melalui kemahiran dan latihan dalam bidang automotif.

Seramai 10 orang belia Orang Asli berpeluang menjalani latihan sambil bekerja di bengkel kenderaan milik 5 Rakan Usahawan PUNB selama 6 bulan yang akan bermula pada Jun 2023. Rakan Usahawan PUNB yang terlibat ialah Awie Tayar & Services, Maxipura Sdn Bhd, Kah Millenium Work Sdn Bhd, Azam MM Sdn Bhd dan Wan Nor Auto Services Sdn Bhd.

ECO merupakan usaha PUNB dalam meneruskan agenda menyokong dan mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai bahagian penting dalam operasi syarikat sejajar dengan agenda utama SDG PUNB untuk mencapai keseimbangan keperluan pembangunan operasi dan menyumbang kepada perkembangan positif masyarakat.

Turut hadir adalah Encik Abdul Muner bin Hanafiah, Presiden Persatuan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO), Encik Zulkarnin Jaharudin, Naib Presiden AUTOPRO, Puan Mastinah binti Mohd Sani, Setiausaha AUTOPRO, Encik Mohd Nor Sazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi, Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi, Rakan Usahawan ECO dan para peserta ECO serta warga kerja PUNB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *