Kunjungan Delegasi Rakan Usahawan Automotif PUNB ke Shanghai

Sekitar aktiviti delegasi Rakan Usahawan Automotif PUNB di Shanghai, China pada hari Jumaat, 1 Disember 2023. Aktiviti dimulakan dengan perjalanan ke Jiading untuk melawat Kariban Automobile Parts Manufacture iaitu syarikat pengeluar alat ganti kenderaan pelbagai jenama.

Kemudian, aktiviti diteruskan dengan melawat kilang SAIC Volkswagen Shanghai yang merupakan usahasama di antara SAIC Motor dan Kumpulan Volkswagen. SAIC VW adalah pengeluar kenderaan jenama Volkswagen, Audi dan Skoda di China.

Aktiviti berakhir dengan melawat Shanghai Auto Museum yang menempatkan lebih daripada 100 kereta klasik, diwakili kira-kira 50 jenama dari China dan luar negara serta penerangan mengenai perkembangan industri automotif di China merentasi 100 tahun.

Aktiviti pada hari ini dapat memberi pendedahan kepada rakan usahawan automotif mengenai perkembangan industri dan teknologi pembuatan kenderaan serta alat ganti di China.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *