PUNB Trade Fair Dubai 2023

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB mengambil peluang beramah mesra dengan 12 usahawan yang terlibat dalam PUNB Trade Fair Dubai 2023 dalam satu acara di sebuah restoran di Dubai, pada Isnin, 4 Disember 2023.

Program yang mengambil masa kira-kira 2 jam itu bertujuan untuk berkenalan dengan para usahawan dan mendapatkan maklum balas mengenai program PUNB Trade Fair Dubai 2023 yang diadakan di Souk Al Marfa, bermula 1 hingga 3 Disember 2023 lalu.

Selain itu, peluang ini turut digunakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan terkini usahawan, sambil usahawan memperkenalkan produk keluaran syarikat masing-masing.

Aktiviti diteruskan dengan delegasi dibawa bergambar di The Frame Dubai dan Future Museum Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke Abu Dhabi bagi program lawatan.

YBhg Tan Sri Acryl diiringi isteri, Puan Seri Zaitun Mohd Isa.

#PUNBTakesDubai#PUNBTradeFairDubai2023#PUNBGoInternational#RakanUsahawanPUNB

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *