Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan dan Cawangan Melaka

Sekitar lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan dan Cawangan Melaka, pada 24 Julai 2023, Isnin.

Lawatan turun padang ini, bertujuan untuk mengemaskini perkembangan terkini warga kerja di cawangan dan mengambil maklum balas pelbagai isu berkaitan pentadbiran dan rakan usahawan bagi memastikan peningkatan perkhidmatan PUNB di Wilayah Selatan.

Kehadiran Encik Izwan disambut Encik Azham Ardin Shah, Pengurus Cawangan Wilayah Selatan dan Encik Md Rasyidi Zainal Abidin, Pengurus Cawangan Melaka serta warga kerja PUNB Cawangan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *