Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin dalam lawatan kerja ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan berpeluang melawat premis perniagaan dua Rakan Usahawan PUNB di Bandar Baru Uda, Johor pada Ahad, 23 Julai 2023.

Lokasi pertama yang dikunjungi ialah Klinik Veterinar Family yang terletak di Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda. Klinik milik Dr Julyana Abu Sari ini menawarkan perkhidmatan rawatan dan surgeri untuk kucing. Klinik ini mempunyai lapan cawangan di seluruh Johor yang dikendalikan oleh doktor dan pembantu klinik yang berpengalaman.

Bagi mereka yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan dan rawatan untuk ‘si bulus comel’, boleh kunjungi Klinik Veterinar Family dan cawangannya.

Lokasi kedua ialah syarikat Utama Tyre & Exhause Enterprise yang juga terletak di Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda. Bengkel penyelenggaraan kenderaan ini dimiliki oleh Encik Othman Bin Basiron dan sudah beroperasi lebih daripada 15 tahun. Bagi mereka yang tinggal berhampiran, boleh kunjungi Kedai Rakan Usahawan PUNB ini untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *