Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke Premis Perniagaan Rakan Usahawan PUNB di Kuantan

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB berpeluang melawat premis Rakan Usahawan PUNB, AF Computer Centre yang terletak di Kuantan, Pahang pada Jumaat, 14 Julai 2023.

Pusat sehenti bagi jualan komputer, aksesori berkaitan komputer dan gajet elektronik ini turut menawarkan perkhidmatan membaik pulih komputer serta menjual komputer riba ‘second hand’ berkualiti dengan harga berpatutan.

Perniagaan yang bermula sejak 2010 ini, kini mempunyai empat cawangan di Kuantan, dan satu cawangan di Pekan, Pahang.

Rakan Usahawan PUNB ini juga terlibat dalam mengusahakan enam cawangan perniagaan francais ais krim dan enam cawangan pusat dobi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *