Pelancaran Sistem Klinik MHCSys oleh MH Wellness Group Sdn Bhd

Rakan Usahawan PUNB, MH Wellness Group Sdn Bhd telah melancarkan sistem klinik MHCSys di Wisma My Health, Kuantan pada Jumaat, 14 Julai 2023.

Sistem pentadbiran klinik ini dibangunkan untuk menyeragamkan maklumat pentadbiran dan pesakit yang telah berdaftar dengan tujuh cawangan MHC Klinik dan lapan klinik rakan kongsi bersekutu di seluruh negara.

Antaranya, menerusi sistem ini, doktor di setiap cawangan dapat mengakses maklumat pesakit dan preskripsi ubat, sekali gus memantau serta melihat sejarah rawatan pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di klinik di bawah jenama MHC. Selain itu, sistem ini juga digunakan untuk urusan pentadbiran klinik dan temu janji rawatan.

Sistem ini dibangunkan sepenuhnya oleh warga kerja MH Wellness Group dan difahamkan merupakan klinik swasta pertama di Malaysia yang membangunkan sistem klinik.

Pelancaran sistem ini telah disempurnakan oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB. Hadir sama, Dr Mohd Haminuddin Hassan, Pengarah yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif dan Penasihat Klinikal MH Wellness Group bersama Encik Fahmirullah Ab Razak, Pengarah yang juga Ketua Pegawai Kewangan MH Wellness Group.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *